[VIDEO] Pengadu dakwa Ebit Lew suruh dedah payudara, buat tangkap layar

Iklan

TENOM - Pengadu dalam kes Ebit Lew mendakwa dia diminta oleh pendakwah tersebut untuk mendedahkan payudara dan kemungkinan gambarnya itu ditangkap layar ketika mereka sedang berhubung melalui panggilan video.

Pengadu yang juga saksi pendakwaan yang kesembilan berkata demikian ketika menjawab pemeriksaan balas peguam bela, Datuk Ram Singh dalam perbicaraan melibatkan pendakwah tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam pemeriksaan balas itu, pengadu ditanya adakah dia mengatakan semua teks mesej dan gambar yang dihantarnya termasuk gambar payudara tersebut adalah tidak salah.

Ebit Lew ketika hadir ke Mahkamah Tenom.

"Gambar itu bukan saya bagi. Itu semasa dia 'video call' dan dia suruh saya buka kemudian mungkin dia buat tangkap layar sebab itu ada dalam simpanan.

Iklan

"Masa itu, saya bodoh sebab saya terpedaya dengan apa yang disuruh dan dia memang bersalah sebab sepatutnya memberi nasihat kepada orang yang perlukan bantuan dari dia, tapi apa yang dibuat itu adalah memperbodohkan saya," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tenom di sini pada Selasa.

Diminta menjelaskan lebih lanjut mengenai keterangannya itu, pengadu ditanya adakah dia dipaksa mendedahkan payudaranya.

Iklan

"Paksa, sebab benda itu berulang kali dan sebelum itu saya tiada bagi, itupun selepas beberapa kali dan saya terpedaya," katanya.

Ram sekali lagi bertanya, adakah pengadu bersetuju bahawa gambar payudara itu bukan diambil dari panggilan video.

"Saya tidak pasti, sebab seingat saya ada semasa panggilan video dan kalau bagi gambar itu saya betul-betul tidak dapat pasti bila," katanya.

Ditanya lanjut, adakah pengadu bersetuju bahawa gambar berkenaan miliknya dan diambil secara swafoto untuk dihantar kepada Ebit Lew.

"Saya tidak pasti," katanya.

Bagaimanapun, pengadu bersetuju dengan Ram bahawa dengan menghantar gambar payudara kepada seseorang yang tidak dikenalinya adalah sesuatu yang salah.

Tetapi sebelum itu, menerusi pemeriksaan balas Ram, pengadu bersetuju bahawa daripada bukti dikatakan di mahkamah telah meletakkan kesemua kesalahan kepada Ebit Lew.

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.