Lelaki hilang selepas keluar solat Maghrib ditemui lemas

Iklan
Mohd Suffian dikatakan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas pergi menunaikan solat Maghrib di Masjid.

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Ahad, ditemui lemas di Sungai Pahang berdekatan tangki air Kampung Pasir Panjang di sini pada Selasa.

Mayat mangsa, Mohd Suffian Abu Bakar,39, yang tidak bekerja ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira jam 9.35 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut selepas mendapat bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat pengecaman dan mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa berdasarkan pakaian serta tanda pada badannya.

Iklan
Mohd Suffian

"Hasil bedah mendapati tiada sebarang unsur dan mencurigakan pada tubuh badan si mati dan mengklasifikasikan kematian sebagai 'Drowning'.

"Mayat telah diserahkan kepada pihak keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum itu, Mohd Zaidi memberitahu, berdasarkan laporan, mangsa dikatakan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas pergi menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, di sini pada Ahad.

Katanya, mangsa keluar rumah tidak membawa apa-apa barang keperluan.

"Ahli keluarga berusaha mencari mangsa di kawasan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj tetapi tidak menemukannya.

"Kali terakhir dilihat memakai baju warna ungu, seluar slack berwarna coklat, berkopiah putih dan selipar hitam," katanya.