Sukan pemangkin semangat Malaysia
Iklan
BARU-baru ini, ramai sekali rakyat Malaysia yang menyambut kepulangan tiga pemain badminton Malaysia di KLIA kerana mereka membawa pulang dua pingat gangsa Sukan Olimpik 2024.
Lee Zii Jia, pemain perseorangan lelaki dan beregu lelaki Soo Wooi Yik dan Aaron Chia adalah wira negara. Di kaca televisyen dan di skrin telefon, puluhan ribu lagi para peminat sukan tanah air menonton kepulangan mereka dengan rasa bangga.