Patriotisme dan sejarah
Iklan
MASIH ingatkah lagi kisah remaja Gen Z yang pantas mengenal Lisa Blackpink tetapi tidak kenal Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman?
Kisah itu tular untuk suatu tempoh tahun lepas. Teruk juga remaja itu dikecam oleh netizen, termasuk oleh salah seorang kawan saya, yang dirinya sendiri tidak tahu bahawa antara Tunku Abdul Rahman, perdana menteri yang pertama itu tidak sama orangnya dengan Tuanku Abdul Rahman Yang di-Pertuan Agong pertama.