Jendela perpindahan ditutup Jumaat

Iklan
Penyerang Napoli, Victor Osimhen turut dikaitkan dengan Chelsea dan Arsenal sepanjang jendela perpindahan musim panas 2024. Foto Agensi

TARIKH akhir jendela perpindahan pemain musim panas 2024 bagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dan liga utama Eropah lain seperti La Liga, Serie A dan Bundesliga jatuh serentak pada tengah malam Jumaat ini.

Penyeragaman tarikh akhir itu bagi memastikan tiada kelab mendapat kelebihan tambahan dari segi masa untuk menambah pemain selepas liga lain sudah menutup pintu perpindahan mereka.

Iklan
Iklan

Jendela perpindahan musim panas 2024 dibuka pada 14 Jun bagi EPL dan berlangsung selama lebih dua bulan.

Sepanjang tempoh ini, kelab-kelab berusaha untuk memperkuat pasukan mereka dengan membawa masuk pemain-pemain baharu dan mungkin juga melepaskan beberapa tonggak lama untuk menyesuaikan bajet serta strategi pasukan.

Iklan

Musim panas selalunya merupakan tempoh yang sibuk dengan perpindahan pemain besar berlaku di seluruh benua Eropah.

Bagi kelab yang terlepas peluang pada musim panas, jendela perpindahan musim sejuk akan dibuka pada 1 Januari 2025 dan ditutup pada 3 Februari 2025.

Iklan

Ini adalah peluang terakhir bagi kelab untuk melakukan perubahan kepada skuad mereka sebelum memasuki fasa penting musim 2024/25.

Tahun lalu, kelab EPL paling boros berbelanja dengan Chelsea mencatat perbelanjaan tertinggi berbanding kelab-kelab lain di seluruh dunia.

The Blues menduduki tangga teratas senarai perbelanjaan dengan jumlah 451 juta pound (RM2.64 bilion) dan terdapat enam lagi kelab Liga Perdana Inggeris tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Chelsea berbelanja hampir 1 bilion pound (RM5.86 bilion) sejak ketibaan pemilik baharu, Todd Boehly dengan pemain seperti Moises Caicedo dan Enzo Fernandez bernilai melebihi 100 juta pound (RM585.66 juta) seorang.

Mykhailo Mudryk juga dibeli dengan harga tinggi, mencecah 88 juta pound (RM515.38 juta) pada Januari 2023.

Wesley Fofana dan Marc Cucurella pula menelan kos melebihi 130 juta pound (RM761.36 juta).

Kelab itu hanya mendapat pulangan hanya sekitar 142.85 juta pound (RM836.61 juta) dengan menjual Kai Havertz, Mason Mount dan Mateo Kovacic.