Akta 854 kurangkan kes kebocoran data pengguna
Iklan
SHAH ALAM - Penguatkuasaan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) tidak memberi kesan besar kepada usaha membendung aktiviti penipuan dalam talian di negara ini, namun boleh mengurangkan kes kebocoran data pengguna.
Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata, ia berikutan akta tersebut tidak melibatkan hak peribadi pengguna sebaliknya hanya memfokuskan perlindungan dari segi reformasi infrastruktur.