BATU KAWAN - Gambar tular yang memaparkan bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun di sini adalah gambar lama yang berlaku pada 2020.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Chong Boo Khim meminta semua pihak berhenti memanipulasikan gambar itu supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan isu perkauman.