Lelaki Pakistan maut akibat renjatan elektrik di tapak karnival

Iklan
Warga Pakistan maut akibat renjatan elektrik di tapak karnival makanan di belakang sebuah pasar raya di Kuala Selangor pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki warga Pakistan maut akibat terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan di belakang sebuah pasar raya di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa berusia 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam.

"Rakan mangsa memaklumkan, lelaki terbabit memegang besi khemah salah satu gerai dan telah berlaku renjatan elektrik menyebabkannya terjatuh sebelum dibawa ke pentas utama untuk bantuan awal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Mohd Ambia memberitahu, sebaik polis tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan telah meninggal dunia di atas pentas utama karnival berkenaan.

Jelas Ambia, mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tanjong Karang untuk proses bedah siasat.

Iklan

"Punca kematian mangsa disebabkan renjatan elektrik dan tiada tanda-tanda punca kematian disebabkan jenayah," tambah beliau.