IPOH - Jumlah mangsa banjir di Muallim pagi ini meningkat sedikit dengan 111 mangsa daripada 25 keluarga berbanding semalam iaitu 107 mangsa daripada 24 keluarga yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir dalam daerah itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS berkenaan sejak Jumaat lepas akibat banjir lumpur yang melanda Kampung Pasir.