SK Bukit Jalil muncul juara kejohanan futsal prasekolah

Iklan
Pemain pasukan futsal Prasekolah SK Bukit Jalil muncul juara kejohanan futsal sempena Karnival Sukan Murid Prasekolah Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2024 yang diadakan baru-baru ini.

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Bukit Jalil muncul juara futsal Karnival Sukan Murid Prasekolah Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2024.

Karnival tersebut merupakan anjuran Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) di Kompleks Sukan Ampang, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Karnival itu dijalankan bagi mencungkil bakat dan menyerlahkan potensi murid prasekolah dalam pelbagai aspek.

Ia termasuk perkembangan kanak-kanak meliputi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial, selain tujuan utama memilih wakil peserta yang akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam karnival di peringkat kebangsaan.

Aksi menarik pemain pasukan futsal Prasekolah SK Bukit Jalil.

Iklan

Sebanyak 73 pasukan futsal dan 61 pasukan bola jaring yang terdiri daripada murid-murid prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Kumpulan pemain berumur lima dan enam tahun telah mengambil bahagian dalam karnival tersebut.

Iklan

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Sukan Murid Prasekolah Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan JPWPKL, Roslan Abu Hassan.