Nelayan dilapor hilang di perairan Dungun ditemukan selamat

Iklan
Laporan Sinar Harian.

DUNGUN - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun semalam, ditemukan selamat pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim, Ariffin Ghazali berkata, Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan, 40, ditemukan sekumpulan nelayan tempatan kira-kira jam 11 pagi tadi di lokasi 27 batu nautika dari muara Kuala Dungun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bot mangsa mengalami kerosakan sebelum dihanyutkan arus, petang semalam.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya menambat botnya di unjang buatan bagi mengelak daripada terus dihanyutkan arus.

Iklan

"Bot mangsa telah ditunda ke Pangkalan Nelayan Kampung Raja, Tanjung Sura," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menghentikan operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak 7 malam, semalam.

Iklan

Mangsa dikatakan keluar ke laut sekitar jam 6 pagi semalam, namun tidak pulang seperti kebiasaan sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat pada jam 6.50 petang. - Bernama