Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) bakal mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) peringkat akhir di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada 14 dan 15 September depan.
Presiden Pemuisi, Datuk Dr Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar berkata, ia merupakan penganjuran kali ke-5 yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut dalam usaha mengangkat dan memartabatkan puisi serta pemuisi di persada sastera negara, bahkan peringkat antarabangsa.