KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.
Keputusan ini dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah mengambil kira komitmen penganjuran bersama tiga negeri lainnya.