JOHOR BAHRU - Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun tiada butiran lanjut diberikan.