Remaja hilang selepas keluar rumah di Petaling Jaya

Iklan
Polis menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu, G Narashinmasegaran pada jam 2 petang semalam. Foto IPD Petaling Jaya

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu, G Narashinmasegaran pada jam 2 petang semalam.

Iklan
Iklan

"Dia dilihat kali terakhir di rumahnya kira-kira jam 11.30 pagi dan berpakaian baju berwarna putih dengan corak belang di bahagian belakang, berseluar jean biru dan berkemungkinan membawa beg galas berwarna merah.

"Remaja berketinggian 160 sentimeter dengan berat 65 kilogram, berbadan kurus dan berambut hitam itu turut memakai jam tangan berwarna merah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. - Bernama

Iklan