Kaji tahap keselamatan bawah tanah di KL secara menyeluruh
Iklan
SHAH ALAM - Sudah masanya pihak berkuasa, dengan bantuan pelbagai pakar mengkaji risiko bawah tanah dan interaksi dengan sistem utiliti atau infrastruktur yang ‘ditanam’ oleh manusia, khususnya di Kuala Lumpur bagi mengurangkan risiko bencana dan kehilangan nyawa.
Pensyarah Kanan Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr Elanni Md Affandi berkata, langkah tersebut adalah wajar mengambil kira petaka semula jadi bukan ancaman terbesar di sesebuah bandar yang membangun, tetapi daripada tindakan manusia.