Lelaki rentung terperangkap dalam kebakaran rumah

Iklan
Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati keadaan api sedang marak membakar keseluruhan rumah. Foto ihsan JBPM Perak

KUALA KANGSAR - Seorang lelaki ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Kampung Baru Liman Kati di sini, awal pagi Khamis.

Mangsa berusia 36 tahun ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar jam 1.10 pagi.

"Terdapat seorang lelaki terperangkap dalam kebakaran itu dan mangsa telah ditemui dalam keadaan rentung di ruangan dapur rumah," katanya dalam kenyataan di sini.

Iklan
Mangsa berusia 36 tahun ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan dalam keadaan rentung. Foto ihsan JBPM Perak

Beliau berkata, pegawai perubatan yang hadir ke lokasi telah mengesahkan kematian mangsa.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Sabarodzi berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan tiga aliran hos 100 kaki air dari tangki jentera dan pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Kebakaran mengakibatkan rumah musnah 90 peratus.

"Operasi yang dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong dengan kekuatan keseluruhan 18 anggota tamat pada jam 2.15 pagi," katanya.

Operasi pemadaman dilakukan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Foto ihsan JBPM Perak

Ringkasan berita:

  • Kejadian: Seorang lelaki berusia 36 tahun rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Kampung Baru Liman Kati, Kuala Kangsar.
  • Lokasi Mangsa: Mangsa ditemui rentung di bahagian dapur rumah yang terbakar.
  • Operasi Bomba: Panggilan diterima oleh Balai Bomba Kuala Kangsar pada jam 1.10 pagi; api sedang marak ketika pasukan bomba tiba.
  • Pemadaman: Kebakaran memusnahkan 90% rumah; operasi pemadaman dilakukan dengan bantuan 18 anggota bomba, selesai pada jam 2.15 pagi.
  • Tindakan Lanjut: Pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dijana oleh AI