Koronavirus: 45 kematian baharu di Hubei

Iklan
Keadaan sebuah wad di Wuhan, Hubei. - Foto Xinhua

WUHAN - [DIKEMASKINI] Sebanyak 45 kematian baharu dicatatkan di wilayah Hubei semalam menjadikan jumlah kematian di China meningkat kepada 259 orang akibat wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCOV).

Terdapat 1,347 kes jangkitan baharu direkodkan, manakala 11,791 kes jangkitan sudah disahkan.

Iklan
Iklan

Media rasmi China turut melaporkan dua bangunan hospital di Wuhan, Hospital Leishenshan dan Hospital Huoshenshan, terus giat disiapkan.

Kerja-kerja pembinaan Hospital Leishenshan difahamkan sudah siap sebanyak 40 peratus dan dijangka selesai 5 Februari ini.

Iklan

Kerja-kerja pembinaan di Hospital Huoshenshan yang bermula pada 23 Januari pula lalu dijangka siap esok.

Hospital baharu itu dijangka mampu menampung 1,000 katil pesakit.

Iklan