SHAH ALAM - Mega Seminar Magnet Rezeki Reset Minda anjuran Syakirin Souls Transformation (SST) yang akan berlangsung pada 22 Februari ini bakal menampilkan kelainan dengan penampilan dua penceramah dari Malaysia dan Indonesia.
Pengerusinya, Datuk Faridah Mohd Ali berkata, dua tokoh tersebut ialah Transformational Speaker, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad dan Pengasas Magnet Rezeki, Nasrullah Najmuddin yang lebih dikenali sebagai Pak Nasrullah.
"Kami berbesar hati dan bertuah kerana bakal bersinergi dengan ikon positif Malaysia, Dr Muhaya. Kita yakin mana-mana individu yang hadir pada seminar berkenaan akan mendapat manfaat yang tidak ternilai.
"Ini adalah kali kedua kita anjurkan seminar ini selepas kita anjurkan seminar yang sama pada tahun lalu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, malah sambutan yang diterima sangat menggalakkan iaitu dengan kehadiran kira-kira 1,500 peserta,” katanya pada program Sinar Live yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian di sini semalam.
Faridah berkata, pada tahun ini seminar tersebut akan berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) dan pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 3,000 tempat duduk.
"Tempat duduk tersebut akan dibahagikan kepada tiga tiket iaitu Premier, Platinum dan Gold. Bagi Premier, harga tiket untuk seorang ialah RM399 tetapi jika mendaftar untuk tiga orang harganya hanya RM900.
"Bagi Platinum, harga untuk seorang sebanyak RM299, jika daftar seramai tiga orang berjumlah RM600 dan Gold pula, harga seorang sebanyak RM199, jika daftar tiga orang hanya berharga RM450,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, orang ramai boleh layari www.syakirinst.com.my atau talian hotline 019-2098500.
Menurut Faridah, SST menyediakan khidmat latihan dan bimbingan berkualiti di Malaysia dengan matlamat membawa insan ke tahap proaktif serta berdaya saing.
"Pada asalnya, SST diwujudkan untuk membawa Pak Nasrullah ke Malaysia dan ia ditubuhkan pada Julai 2016.
"Saya bersama seramai 40 orang pelatih Magnet Rezeki yang dibimbing secara terus oleh Pak Nasrullah di Jakarta, Indonesia pulang ke tanah air.
"Kami berpendapat ilmu yang diberikan Pak Nasrullah cukup bagus dan tidak salah jika kita bawa beliau ke Malaysia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya,” kata Faridah.
Sementara itu, Dr Muhaya berkata, berdasarkan pemerhatiannya ketika menghadiri Mega Seminar Magnet Rezeki pada tahun lalu, beliau mendapati wujud kesinambungan mengenai apa yang diusahakan oleh SST dengan dirinya.
"Saya rasa yakin kerana kita mempunyai tenaga yang sama, tujuan yang sama dan wadah yang sama,” katanya.