Polis cari wanita larikan dua rantai emas

Iklan
Tular video berdurasi 34 saat memaparkan situasi kejadian bermula suspek masuk ke kedai berkenaan sehingga melarikan diri dengan sebuah kereta.

SELAYANG - Polis mengesan seorang wanita yang melarikan dua rantai emas dari sebuah kedai terletak di Selayang Baru.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin lalu sekitar jam 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek yang merupakan wanita warga tempatan telah ke kedai emas tersebut untuk mencuba rantai berkenaan sebelum bertindak melarikan barang kemas itu.

"Wanita itu melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Yaris berwarna putih yang menunggu di hadapan kedai berkenaan.

Iklan

"Usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri di dalam bangunan," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, tular video berdurasi 34 saat memaparkan situasi kejadian bermula suspek masuk ke kedai berkenaan sehingga melarikan diri dengan sebuah kereta.

Iklan

Noor Ariffin berkata, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang juga pemilik kedai emas itu telah ke balai polis membuat laporan.

Ujarnya, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi talian 03-61262222.