Dr Mashitah nafi terlibat sindiket pemerdagangan manusia

Iklan
Dr Mashitah (dua dari kanan) selesai memberi keterangan di Bukit Aman. Foto Facebook Dr Mashitah

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan penglibatannya dalam aktiviti sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Beliau menegaskan, dakwaan yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada media picisan di Indonesia.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkaitan tuduhan berkenaan.

"Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin. Alhamdulillah saya kekal utuh berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terbabit dengan mana-mana aktiviti yang bercanggah agama mahupun undang-undang negara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada Rabu menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat seorang ahli politik bersama suaminya yang didakwa terlibat dengan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashimaru mendakwa, berdasarkan video tular baru-baru ini, suami ahli politik berkenaan turut memegang jawatan pengerusi lembaga pengarah keselamatan dalam syarikat yang disyaki terlibat aktiviti jenayah.

Iklan

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengesahkan polis sudah mengambil keterangan ahli politik dan suaminya yang dikaitkan dengan sindiket berkenaan.