Pesuruhjaya Tinggi India tinjau lokasi tanah jerlus

Iklan
BN Reddy tiba di lokasi kira-kira jam 3.40 petang menaiki sebuah kenderaan rasmi sebelum dibawa meninjau ke lokasi tanah jerlus di sini.

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia hadir di lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Khamis.

BN Reddy tiba di lokasi kira-kira jam 3.40 petang menaiki sebuah kenderaan rasmi sebelum dibawa meninjau ke lokasi tanah jerlus di sini.

Iklan
Iklan

Beliau kemudiannya dibawa ke kawasan khemah pasukan penyelamat untuk sesi taklimat khas berkaitan operasi terkini yang dijalankan.

Terdahulu, usaha mencari mangsa insiden tanah jerlus Vijaya Lakshmi Goli, 48, masih lagi dijalankan setakat ini.

Iklan
Iklan

Pada Jumaat, insiden tanah jerlus mengakibatkan mangsa hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di kawasan terbabit.