Pelajar tagih lebih banyak maklumat berkaitan rasuah

Iklan
Adam Bashir memberi penerangan menerusi aktiviti 'The Doodles' sempena program Jelajah Antirasuah di MRSM Gerik pada Rabu.

GERIK - Pelajar yang menyertai program Jelajah Antirasuah mahu lebih banyak maklumat diberikan sebagai pendedahan berkaitan gejala rasuah.

Pelajar Tingkatan 3 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik, Adam Bashir Muhamed Abdullah berkata, majoriti mereka tidak mempunyai pengetahuan selain masih baru dengan isu salah laku rasuah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendedahan secara luas berkaitan bahaya rasuah boleh membuka mata pelajar sekali gus menyekat pengaruh yang boleh menjurus ke arah perbuatan itu.

Adam Bashir

"Sebelum ini saya menganggap rasuah ini hanyalah kesalahan ringan, tetapi rupanya memberi kesan buruk dan berpanjangan bukan sahaja kepada pelaku tetapi masyarakat dan negara.

Iklan

Program disertai lebih 600 pelajar dan guru MRSM Gerik itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti Mara, Haznita Hashim dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

Program usaha sama Mara dan Rasuah Busters itu meneruskan siri jelajah di Perak bermula di MRSM Pengkalan Hulu, MRSM Gerik dan MRSM Felda Trolak di Sungkai pada 27 hingga 29 Ogos ini.

Iklan
Arifah

Pelajar Tingkatan 1, Arifah Hanif berkata, pendedahan mengenai rasuah dan integriti kepada pelajar merupakan komponen penting dalam pembentukan jati diri generasi akan datang.

Katanya, dalam kebanyakan situasi, tanpa disedari perbuatan rasuah berlaku di sekeliling kita.

"Kadang-kadang beri upah atau hadiah kepada kawan dan guru juga merupakan satu bentuk rasuah. Jika dibiarkan tanpa pengetahuan sebenar, dibimbangi akan menjurus kepada salah laku lebih besar," katanya.

Marsya Zuleykha

Bagi Pelajar Tingkatan 3, Marsya Zuleykha Zu pula, pendedahan maklumat gejala rasuah memberi mesej jelas perkara itu jika tidak dibendung akan merosakkan negara dan generasi masa depan.

"Kalau boleh ada kesinambungan daripada program jelajah ini supaya kami dapat lebih banyak maklumat berkaitan isu rasuah," katanya.

Pelajar MRSM Gerik mengikuti bacaan ikrar antirasuah.
Antara pelajar yang memeriahkan dan memberi sokongan program Jelajah Antirasuah di MRSM Gerik.