SPRM siasat dakwaan ahli politik terlibat sindiket perdagang manusia

Iklan
Azam

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pembabitan seorang ahli politik di negara ini yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Iklan
Iklan

"Kita akan menjalankan siasatan" katanya ringkas pada Khamis.

Pada Rabu, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan laporan kepada SPRM untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya membabitkan satu kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Iklan

Kata Hishamuddin, baru-baru ini tular satu video di media sosial pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bertajuk 'Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia' yang diterbitkan di Indonesia.

Sementara itu, dalam kenyataan di Facebook, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menafikan beliau terbabit dalam kegiatan itu.

Iklan

Berikutan itu, Mashitah juga dilaporkan sudah membuat laporan berkaitan tuduhan berkenaan selain telah memberi keterangan di Bukit Aman pada Rabu.

Beliau turut menegaskan tidak teragak-agak untuk ambil tindakan di mahkamah.