Setiausaha Agung ASEAN bertemu Saifuddin bincang jenayah rentas sempadan

Iklan
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto FB KDN
JAKARTA - Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Vientiane, Laos, bagi membincangkan keutamaan rantau itu mengenai jenayah rentas sempadan.

Mesyuarat itu diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-18 dan mesyuarat berkaitan pada Rabu, menurut kenyataan daripada Sekretariat ASEAN.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan persediaan Malaysia sebagai pengerusi AMMTC pada 2025.

Mereka juga membincangkan peranan Malaysia sebagai Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Penjaga Utama Sukarela Jenayah Rentas Sempadan untuk bidang keutamaan utama, termasuk penyeludupan manusia, lanun laut, dan pengubahan wang haram.

Kim Hourn juga menyatakan sokongan penuh beliau terhadap Malaysia selaku pengerusi ASEAN pada tahun depan, dengan penekanan khusus kepada bidang keutamaan AMMTC, tambah kenyataan itu. - Bernama