PEMAIN yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal hampir pasti akan menyarung jersi Harimau Malaya selepas segala proses dokumentasi selesai.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sepatutnya Wan Kuzain akan menyertai pasukan pada Pestabola Merdeka kali ini, namun tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan.