Pegawai perubatan 'on call' bakal terima berita gembira - Dzulkefly

Iklan
Dr Dzulkefly

SHAH ALAM - Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini pada Khamis yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Pada 24 Ogos lepas, Dzulkefly dilaporkan berkata, cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas atas panggilan petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.

Iklan

Berhubung isu kekurangan insulin, Dzulkefly meminta masyarakat supaya tidak panik dan memberi jaminan tiada pesakit akan dibiarkan pulang dengan 'tangan kosong' dengan dibekalkan ubatan diperlukan berdasarkan pemeriksaan pakar perubatan yang merawat mereka.

"Saya sendiri terlibat dalam memastikan komitmen untuk kita dapatkan insulin daripada sumber lain dan Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) juga akan memberikan laluan cepat untuk pendaftaran baharu insulin.

Iklan

"Jika ada mana-mana kemudahan atau klinik yang mengalami kekurangan, pesakit akan segera digerakkan ke fasiliti berdekatan. Jadi jangan terlalu risau, kita yakin doktor tidak akan menjejaskan kesihatan pesakit mereka,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit dan bekalan semasa mencukupi hingga hujung tahun ini. - Bernama