Alamanda semarak semangat 'jiwa merdeka'

Iklan
Pelanggan Alamanda akan menerima baju-T edisi terhad Merdeka ke-67 menerusi Kempen Gemilang.

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, Pusat Beli Belah Alamanda meneruskan tradisinya menganjurkan Kempen Gemilang yang berlangsung dari 23 Ogos hingga 16 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pada tahun ini, kempen yang menyasarkan rakyat Malaysia dari setiap lapisan usia itu bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ dan ia akan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Alamanda Putrajaya menyemarakkan semangat ‘jiwa merdeka’ menerusi Ganjaran Merdeka, di mana pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada senarai kedai terpilih akan menerima baju-T edisi terhad Merdeka ke-67.

"Sementara itu, Ganjaran ‘High Spenders’ pula memberikan sekeping baucar beli-belah Alamanda bernilai RM50 dan baju-T edisi terhad Merdeka sebagai tawaran insentif tambahan kepada pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu katanya, tiga peserta bertuah berpeluang memenangi RM670 dalam baucar beli-belah Alamanda menerusi Cabutan Bertuah.

Tambah beliau, untuk meningkatkan suasana patriotik, Alamanda dihiasi Jalur Gemilang dan 500 pembeli pertama pada Hari Merdeka akan menerima bendera Jalur Gemilang mudah alih sebagai tanda penghargaan serta menyemarakkan semangat cinta negara.

Iklan

Sementara itu, Pusat Beli Belah Mesra di Terengganu juga akan menyertai sambutan seluruh negara dengan Kempen Merdeka yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 16 September 2024.

Turut membawakan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, pusat beli-belah itu menampilkan hiasan patriotik dan pelbagai tawaran istimewa serta aktiviti menarik.

Sementara itu, Kempen VIKids yang mendapat sambutan hangat kembali ke Pusat Beli Belah Mesra bermula dari 12 sehingga 16 September ini dan menawarkan rangkaian aktiviti pendidikan menarik untuk kanak-kanak.

Pelbagai pertandingan menarik turut diadakan seperti Pertandingan Basikal Patriotik pada 12 September, Pertandingan Kostum Pahlawan pada 14 September dan Pertandingan Mewarna Wau pada 15 September.

Mengulas lanjut, Francis berkata, ia merupakan antara usaha untuk meningkatkan tahap kreativiti dan memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak.

"Kempen Merdeka dan VIKids di Pusat Beli Belah Alamanda dan Mesra di lihat sebagai cerminan prinsip-prinsip ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’. Sempena sambutan ulang tahun ke-67 kemerdekaan negara kita, kami berbangga untuk menawarkan aktiviti dan ganjaran yang menggalakkan kesepaduan keluarga selain dari menghormati nilai-nilai yang membentuk negara Malaysia.

"Kami ingin mengambil kesempatan untuk mempelawa pengunjung menyertai kami dalam sambutan penuh gemilang ini bagi menguatkan perpaduan, memahami nilai kebebasan dan menghayati semangat patriotik,” katanya.