Tiga lelaki pukul pekerja kedai serbaneka ditahan

Iklan
Tangkapan layar memaparkan kejadian seorang pekerja kedai serbaneka di Bentong dipukul menggunakan topi keledar dimuatnaik di aplikasi X pada Rabu.

BENTONG - Tiga lelaki ditahan pada Khamis susulan penularan klip video yang memaparkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di sini dipukul dengan topi keledar.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua suspek merupakan warganegara tempatan berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun.

Menurutnya, satu laporan polis diterima kira-kira jam 12.10 pagi, Khamis.

Iklan

"Hasil siasatan klip itu telah dimuat naik pada aplikasi X pada jam 9.57 pagi berdurasi kira-kira 1 minit 46 saat.

"Hasil rakaman CCTV (kamera litar tertutup) dan maklumat orang awam, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas mereka kira-kira jam 1.40 petang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Ujarnya, dua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah.

Jelas Zaiham, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian adalah kerana perselisihan faham dan pertengkaran mulut selepas dimaklumkan operasi kedai yang hendak ditutup.

"Mangsa iaitu seorang lelaki warganegara tempatan berusia 19 tahun telah mendapat rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bentong," katanya lagi.

Dalam pada itu, Zaiham memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes dalam siasatan pihak polis.