Sempat berhenti tepi jalan sebelum bas persiaran terbakar

Iklan
Sebuah bas persiaran terbakar di Persiaran Mokhtar Dahari, Seksyen U10, Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Sebuah bas persiaran dalam perjalanan mengambil penumpang terbakar di Persiaran Mokhtar Dahari, Seksyen U10 di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang.

"Kejadian berlaku semasa bas yang dipandu lelaki tempatan itu sedang dalam perjalanan dari Puncak Perdana ke Meru, Klang untuk mengambil penumpang.

Iklan

"Semasa dalam perjalanan, pemandu telah terbau hangit dan mendapati terdapat kepulan asap dari bahagian belakang bas sebelum bertindak berhenti di bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, sepasukan bomba dengan tiga jentera selain anggota dari Balai Polis Jelutong serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah ke lokasi kejadian mengawal keadaan.

Iklan

"Api berjaya dikawal dan insiden tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa," ujarnya.