SHAH ALAM - Beberapa ekor burung berterbangan gara-gara dihulurkan bekas makanan binatang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menangis ketakutan.
Nur Hanem Hadeeja Muhammad Hazli berkata, peristiwa tersebut berlaku semasa dia bersama keluarga melawat sebuah sangkar burung di Cameron Highlands, Pahang.
Hanem pada mulanya menghulurkan bekas berkenaan untuk memberi makan burung-burung berkenaan dengan jarak dekat.
"Selepas kejadian itu, saya rasa takut sangat,” kata ibu saudaranya, Nurul Najwa kepada Sinar Harian pada Khamis.
Video yang dirakam oleh ibu saudaranya, Nur Najwa dimuat naik ke media sosial mendapat lebih 500,000 tontonan dengan sebanyak 15,800 tanda suka.
Nur Hanem menceritakan dia, kakak dan adik lelakinya bersama ibu serta bapa saudara singgah di kawasan berkenaan selepas menghadiri sebuah acara di Perak.
Dia juga memaklumkan bahawa ahli keluarga yang lain tidak membantu ketika Nur Hanem meminta pertolongan untuk menghalau burung-burung jinak itu.
"Saya panggil kakak dan adik untuk minta tolong, tetapi orang sekeliling cuma gelakkan saya sebab terhibur dengan gelagat saya,” tambahnya.
Selain itu, Nur Hanem menyatakan peristiwa berkenaan tidak menyebabkan dia takut atau trauma dengan binatang terbabit.