TTDI Jaya sudah beri sehabis baik

Iklan
Kamal bersama pemain-pemain SMK TTDI Jaya naib juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2024. Foto: Rosli Talib

KEJAYAAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya mara ke perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) disifatkan pencapaian membanggakan buat sebuah sekolah dalam kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana berkenaan.

Malah menurut pengendali skuad B-18 TTDI Jaya, Kamal Lahami, pencapaian muncul naib juara kejuaraan edisi ke-10 tersebut juga kesinambungan persembahan konsisten pasukan apabila berada dalam kelompok dua terbaik selepas menjuarai Kejuaraan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) sebelum ini.

Pemain SMK TTDI mengekang kemaraan pemain SMK Shah Alam dalam perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 di Stadium Majlis Petaling Jaya pada Rabu. Foto: Rosli Talib

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kesungguhan untuk menang pemain-pemain SMK TTDI Jaya dipamerkan sepenuhnya dalam perlawanan akhir ini adalah tinggi. Cuma rezeki bukan milik pasukan SMK TTDI Jaya selepas berjuang sehabis baik untuk julang kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 tahun ini.

"Selain itu pengalaman berpihak kepada SMK Shah Alam yang tampil lebih baik selepas kami kehilangan playmaker (Muhammad) Nazirul Amsyar (Zulkifly) yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dalam perlawanan ini.

Iklan

"Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan komitmen serta disiplin tinggi setiap pemain-pemain SMK TTDI Jaya sejak bermula kempen Kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18," katanya yang diberikan tanggungjawab mengemudikan pasukan B-18 sekolah seminggu sebelum sepak mula kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2024.

Bagaimanapun di pentas perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 yang menemukan dua jagoan Petaling Perdana ini, SMK TTDI Jaya terpaksa akur kelebihan milik SMK Shah Alam apabila tewas 1-4 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Antara aksi menarik perlawanan SMK TTDI menentang SMK Shah Alam di Stadium Majlis Petaling Jaya pada Rabu. Foto: Rosli Talib

Iklan

Dalam perlawanan akhir itu, gol SMK Shah Alam kendalian Osmera Omaro yang juga juara edisi 2022 dijelmakan Muhammad Danish Harith Muhammad Zakri (m-14, m-17), Hafiz Hakim Norfaezal (m-37), Vincenzo Oliveo D'dozzel Donny (m-47) manakala jaringan SMK TTDI Jaya dihasilkan Muhammad Nazirul pada minit keenam.

Kemenangan itu menyaksikan SMK Shah Alam membawa pulang RM10,000, trofi dan sijil, SMK TTDI Jaya pula meraih RM7,000, medal serta sijil diikuti SMK Dato' Harun ketiga (5,000) dan SMK Bukit Jelutong (RM3,000).

Untuk rekod, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) merupakan penaja utama dengan Sinar Harian adalah media rasmi kejuaraan.