Misteri hilangnya MH370 berjaya dirungkai?

Iklan
Lyne percaya bahawa beliau berjaya mengenal pasti 'lokasi persembunyian yang sempurna' di mana pesawat itu hilang. (Gambar kecil: Lyne)

SYDNEY - Selepas sedekad berlalu kisah kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 kini kembali menjadi topik utama perbincangan awam apabila seorang penyelidik mendakwa bahawa beliau berjaya merungkai misteri kehilangan pesawat itu.

Menurut penyelidik dari Universiti Tasmania, Vincent Lyne, kajiannya telah berjaya mengenal pasti 'lokasi persembunyian yang sempurna' di mana pesawat itu telah 'menghilang'.

Iklan
Iklan

Dakwanya, pesawat yang hilang pada 8 Mac 2014 itu sebenarnya tersembunyi di kawasan Broken Ridge, iaitu sebuah plat lautan sedalam 6,000 meter di tenggara Lautan Hindi sekali gus menyifatkan usaha pencarian dilakukan selama ini dibuat di lokasi yang salah.

Seorang wanita kelihatan di antara dua belon dengan mesej bertulis 'Ingat MH370?' semasa acara memperingati kehilangan pesawat itu, di Kuala Lumpur 2018.

"Dengan sisi curam yang sempit, dikelilingi oleh rabung besar dan lubang dalam yang lain, ia dipenuhi dengan mendapan halus iaitu tempat ‘bersembunyi’ (MH370) yang sempurna,” katanya lapor DailyMail.

Iklan

Susulan itu, beliau mendakwa bahawa juruterbang MH370 membuat keputusan yang dirancang untuk 'menghilangkan' pesawat bersama 239 orang di dalamnya.

MH370 hilang tanpa jejak daripada radar

Iklan
Arca pasir yang dibuat oleh artis pasir India, Sudersan Pattnaik menampilkan mesej berdoa untuk pesawat MH370.

Perit untuk ditelan, tetapi realitinya, pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dilapor berakhir di selatan Lautan Hindi.

Insiden itu mengejutkan dunia dan menjadi salah satu misteri penerbangan paling kompleks dalam sejarah.

Dalam pada itu, Lyne menjelaskan carian sebelum ini mungkin terlepas dari lokasi sebenar disebabkan topografi bawah air yang kompleks di Broken Ridge.

Orang ramai turut bersimpati atas kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini belum ditemui.

Beliau berhujah bahawa lokasi tepat yang dikenal pastinya telah ditolak sebagai tidak relevan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebelum ini, yang berpotensi menjelaskan mengapa pesawat itu masih belum ditemui.

"Sama ada ia akan dicari atau tidak, terpulang kepada pegawai dan syarikat pencarian, tetapi dari segi sains, kita tahu mengapa pencarian sebelum ini gagal dan begitu juga sains jelas menunjukkan di mana terletaknya MH370. Pendek kata, misteri MH370 telah diselesaikan secara menyeluruh dalam sains!” tegas Lyne.

Hasil dapatan Lyne bakal diterbitkan oleh Journal of Navigation.

Usaha pencarian sebelum ini giat dilakukan membabitkan komitmen pelbagai pakar dari banyak negara.

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kekal sebagai salah satu misteri paling membingungkan dalam sejarah penerbangan.

Bagaimanapun teori baharu Lyne mengenai lokasi pesawat di Broken Ridge menawarkan perspektif baharu yang berpotensi menyelesaikan misteri kehilangan MH370. - Agensi