Paralimpik Paris: Seorang ahli delegasi Rwanda hilang

Iklan
Delegasi Rwanda semasa perarakan negara-negara pada Majlis Perasmian Sukan Paralimpik Paris 2024 di Place de la Concorde di Paris pada 28 Ogos 2024. Foto AFP

SIASATAN dilancarkan ke atas kehilangan seorang ahli delegasi Rwanda di Sukan Paralimpik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penganjur Paris 2024 sedang berhubung dengan Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan Rwanda selepas mengetahui kehilangan individu itu.

Iklan
Iklan

Pejabat pendakwa raya kini terlibat dalam kes itu.

Majlis perasmian berlangsung pada Rabu dengan pertandingan bermula pada Khamis.

Iklan
Iklan

Delegasi Rwanda terdiri daripada 14 orang adalah pasukan terbesar yang pernah dibawa ke Sukan Paralimpik dan termasuk pasukan bola tampar duduk. - Bernama-dpa