Universiti perlu kembangkan kursus digital, AI kepada pelajar pelbagai jurusan - PM

Iklan
Anwar berucap pada perasmian Majlis Pecah Tanah Kerian Intergrated Green Industrial Park (KIGIP) di Ladang Tali Air pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Semua universiti di negara ini diminta turut mengembangkan kursus digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar di luar jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti jurusan sastera, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini bagi menangani isu kekurangan jurutera dalam bidang berkenaan, untuk memenuhi keperluan industri susulan pelaburan beberapa syarikat teknologi gergasi antaranya Amazon, Google, Microsoft dan Infineon.

Iklan
Iklan

"Dulu kita kata (kursus digital dan AI) semuanya mesti lulusan Sains, Matematik dan sebagainya, tetapi ada juga keperluan untuk mengambil (pelajar) jurusan sastera bagi mengikuti sebahagian kursus ini.

"Ketika saya pergi ke India baru-baru ini, ada syarikat di sana kata tidak semua jurusan digital atau AI mesti lulusan kejuruteraan, ada sebahagainnya dalam lulusan sastera atau kursus-kursus terpilih yang boleh dijuruskan untuk keperluan spesifik," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pecah Tanah ‘Kerian Integrated Green Industrial Park’ di Kerian, Perak pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Iklan