Puteri Sarah saman bekas kakak ipar Ira Kazar selesai secara baik

Iklan
Pelakon Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38 (kanan), ketika hadir ke Kompleks Mahkamah hari ini.Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kes saman Puteri Sarah terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan selesai secara baik selepas bekas kakak ipar kepada Ira Kazar itu membuat permohonan maaf di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Wiwi Darvinda selaku defendan membuat permohonan maaf kepada Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sebagai plaintif di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak.

Iklan
Iklan

"Saya Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan merasa kesal dan memohon maaf kepada Puteri Sarah di atas tulisan-tulisan saya dalam Instagram saya pada 24 Ogos 2023,” katanya.

Terma-terma penyelesaian antara pihak terlibat kemudian direkodkan Yasmin.

Iklan

Selepas membuat permohonan maaf, Wiwi Darvinda bersalaman dengan Puteri Sarah.

Turut hadir pada prosiding itu peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah dan peguam Ammar Ghalip mewakili Wiwi Darvinda.

Iklan

Selain itu, defendan perlu membuat permohonan maaf tanpa bersyarat kepada plaintif melalui hantaran di Instagram milik defendan selama tujuh hari dan permohonan maaf itu perlu dimuat naik serta merta pada tarikh penghakiman itu direkodkan.

Defendan juga perlu membayar kos RM5,000 kepada plaintif sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kes saman itu.

Puteri Sarah, 39, memfailkan saman itu pada 30 Ogos tahun lepas dengan mendakwa Wiwi Darvinda membuat kenyataan tidak wajar membabitkan rumah tangga plaintif dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof di Instagram. - Bernama