Agong kurnia darjah kebesaran kepada 188 individu

Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan darjah Seri Mahkota Wilayah kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Melawati hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 188 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Istana Melawati di sini.

Seramai tiga individu didahului oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Zawawi Salleh dianugerahkan darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Iklan
Iklan

Selain Mohd Zawawi, yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 27 April 2018, turut dianugerahkan SMW ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mazlan Yusoff.

Hasnol dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuat kuasa hari ini.

Iklan

Istiadat yang berlangsung buat pertama kali di Istana Melawati itu turut menyaksikan 25 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima PMW ialah Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr Waitchalla R R Suppiah serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff antara penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 27 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 36 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Pentadbir sukan dan beberapa atlet merupakan antara individu yang turut diberikan anugerah, antaranya Timbalan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Mohd Taupik Hussain yang menerima JMW serta jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen dan atlet karate negara, S Prem Kumar yang masing-masing dianugerahkan KMW dan PPW.

Penganugerahan itu diberikan atas kejayaan Mohd Syarul, atlet kelahiran Kuala Lumpur mencatat sejarah apabila meraih gelaran Mr Asia dan Mr Universe, masing-masing lima dan empat kali berturut-turut, manakala S Prem Kumar pula menyumbang pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.- Bernama