'Tidak sangka majlis nikah serentak Malaysia #QuranHour 2024'

Iklan
Muhammad Anas Rahim, 25 dan isterinya, Zawanah Zahid, 25. Gambar kanan: Syed Mohd Azlan Shah bersama isterinya.

PUTRAJAYA - Dua pasangan pengantin tidak menyangka majlis akad nikah mereka berlangsung serentak dengan penganjuran Malaysia #QuranHour 2024 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

Syed Mohd Azlan Shah Syed Muhammed Yussuf, 30, berkata, dia dan isterinya telah menetapkan tarikh mereka di lokasi berkenaan sejak Oktober tahun lalu sebelum dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai program tersebut.

Iklan
Iklan

Ujarnya, program seperti itu menambah keberkatan dalam penganjuran majlis ijab kabulnya.

"Kami pilih jam 9 pagi. Sebab itu bertembung dengan program Malaysia #QuranHour kali ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

Iklan

Syed Mohd Azlan Shah yang berasal dari Sarawak itu berkata, sepatutnya terdapat tiga pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada pagi ini.

Bagaimanapun, satu lagi pasangan memilih untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka pada slot petang iaitu selepas waktu solat Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, pasangan kedua, Muhammad Anas Rahim, 25 dan isterinya, Zawanah Zahid, 25 memaklumkan mereka turut menerima panggilan daripada pihak pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk mengubah tarikh majlis akad nikah.

Ulas Muhammad Anas, mereka memutuskan untuk meneruskan acara berkenaan berikutan kekangan masa yang dihadapi oleh ahli keluarganya.

"Lebih kurang dua minggu sebelum majlis, pihak pengurusan Masjid Besi ada hubungi kami mengenai pertukaran tarikh.

"Masa itu, keluarga dua belah pihak terkejut dengan makluman tersebut. Tetapi oleh kerana masing-masing mempunyai kekangan dan ada sudah ambil cuti, jadi kita pilih untuk teruskan majlis ini mengikut waktu yang ditetapkan," menurutnya

Program Malaysia #QuranHour 2024 diadakan serentak di seluruh negara pada hari ini di bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Memasuki tahun ke-10 penganjurannya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dipilih sebagai lokasi utama Malaysia #QuranHour 2024 yang bertemakan Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara.