Pengsan terkena pokok tumbang

Iklan
Pokok tumbang mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera di kepala.

KUALA KUBU BHARU - Seorang penunggang motosikal cedera di kepala dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pahang Lama, Asam Kumbang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 41 tahun terjatuh dari motosikal selepas dipercayai terkena bahagian pokok yang tumbang.

Iklan
Iklan

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Zon Kuala Kubu Bharu, N Siri Vicknehswaran berkata, dia ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian tersebut dan mendapati pokok tumbang menghalang laluan berkenaan.

Menurutnya, sebuah motosikal dalam keadaan rosak berada di lokasi namun mangsa difahamkan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu menggunakan ambulans.

Iklan

"Saya ke hospital dan diberitahu bahawa mangsa dikenali sebagai Muruka Nathan beralamat di Taman Ampang Pecah cedera di kepala serta tidak sedarkan diri.

"Mangsa dibawa menggunakan ambulans selepas pihak hospital merima panggilan orang awam memaklumkan ada penunggang motosikal cedera akibat pokok tumbang.

Iklan

"Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,"katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Selangor, Kapten (PA) Hilmi Husman berkata, empat anggota ke lokasi kejadian mendapati pokok tumbang menghalang laluan berkenaan.

Menurutnya, anggota melakukan kerja mengalih pokok terbabit dan memantau keadaan bagi memastikan selamat kepada pengguna jalam raya.