Berang dibuang kerja, lelaki rosakkan Lamborgini majikan

Iklan
Berang diberhentikan kerja, seorang lelaki bertindak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya.

AMPANG - Berang diberhentikan kerja, seorang lelaki bertindak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya dalam kejadian di Taman Melawati, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan kes khianat pada jam 6.30 petang itu dibuat pemilik syarikat pengawal keselamatan berusia 46 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, kereta jenis Lamborgini Urus itu alami kerosakan di bahagian bonet, cermin sisi, cermin hadapan dan bumper hadapan dengan kesan toreh dan pecah.

"Berikutan itu, suspek lelaki berusia 27 tahun telah ditahan di Ampang pada keesokan harinya.

Iklan

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit pelbagai kes jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, motif perbuatan khianat ialah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat dari kerja oleh majikannya.

Iklan

Tambahnya, suspek merupakan pemandu kereta kepada isteri pemilik syarikat berkenaan.

"Suspek telah direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.