Tanah jerlus: Peniaga mahu bincang segera dengan DBKL, IWK

Iklan
Prabakaran (kanan) ditemui pemberita di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Satu perbincangan bersama peniaga sekitar Jalan Masjid India, di sini perlu diadakan segera bersama pihak berwajib berikutan insiden tanah jerlus.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, perjumpaan beliau bersama persatuan peniaga dibuat pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, pihak persatuan peniaga sepakat agar insiden seperti ini tidak berulang kerana ia melibatkan isu keselamatan yang memerlukan perbincangan khas antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Indah Water Konsortium (IWK).

"Kami sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa, kita terima hakikat dan menyokong penuh agensi kerajaan dalam usaha mencari mangsa.

Iklan

"Pada masa sama, dimaklumkan ada satu tanda-tanda lubang benam dan ini perkara serius," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Tambah Prabakaran, pihak persatuan peniaga bimbang dan perlunya libat urus dengan DBKL serta IWK agar insiden tanah jerlus tidak berulang.

Iklan

Jelasnya, pihak persatuan juga sedia membantu dan memberi cadangan berkaitan isu keselamatan di sekitar kawasan ini.

"Jadi, saya di sini harap dapat membantu mereka mendapatkan sesi perjumpaan dengan agensi berkaitan, datuk bandar atau menteri," ujarnya.

Dalam pada itu, Prabakaran juga mendakwa para peniaga kehilangan lebih 70 peratus keuntungan.

"Mereka dakwa takut akan keselamatan ahli keluarga dan pelanggan," ujarnya.