Kerajaan pertimbang cadangan Malaysia #QuranHour dalam kalendar Bulan Kebangsaan

Iklan
Hussamuddin (dua dari kiri) bersama, Fahmi (tengah ) dan Mohd Na'im Mokhtar bergambar bersama pada program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Jumaat. - FOTO : SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR

PUTRAJAYA - Kerajaan sedia mempertimbang cadangan agar penganjuran Malaysia #QuranHour dimasukkan ke dalam kalendar Bulan Kebangsaan setiap tahun.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) selaku penganjur perlu mengemukakan surat kepada beliau sebagai langkah pertama.

Iklan
Iklan

"Saya belum dapat surat. Kalau dapat surat saya boleh angkat cadangan ini.

"Insya-ALLAH kita usahakan bersama," katanya selepas selesai program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada Jumaat.

Iklan

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Pengasas WUIF yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob.

Kemeriahan Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, pihaknya akan segera mengemukakan cadangan tersebut kepada Fahmi untuk dimasukkan dalam kalendar Bulan Kebangsaan.

Iklan

"Sebelum ini memang kita pernah mengisi Hari Kebangsaan, tetapi terhenti seketika.

Malaysia #QuranHour dihadiri oleh 1,500 orang yang terdiri daripada individu, jabatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti.

Ia turut diadakan serentak di 4,087 lokasi berdaftar termasuk enam di luar negara.

Penganjuran Malaysia #QuranHour memasuki tahun ke-10 dengan membawa tema Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara.

Ia mengambil panduan surah al- Jumu'ah dan al- Hujurat dengan bermatlamat memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara, selari dengan nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.