Mara, UPTM proaktif lahirkan akauntan Bumiputera profesional, tubuh IKEB

Iklan
Asyraf Wajdi (dua dari kiri) menyifatkan IKEB sebagai platform untuk mencapai matlamat agenda KEB - FOTO:SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM) mengambil langkah proaktif dalam melahirkan akauntan Bumiputera profesional dan mewujudkan Institut Kajian Ekonomi Bumiputera (IKEB) sebagai platform untuk mencapai matlamat agenda Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB).

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peluncuran kerjasama di antara Prudence Consulting Group (PACCT) dan UPTM serta penubuhan IKEB adalah menjadi pemacu dalam melahirkan lebih ramai pakar perakaunan mempunyai pemikiran kritis di samping memastikan resolusi KEB dicapai pada tahap maksimum.

Iklan
Iklan

"Firma Perakaunan PACCT merupakan industri di bawah program Pembangunan Usahawan Profesional (PROSPEC) seliaan Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) Mara.

"Program tersebut merupakan inisiatif bersama di antara BIK dan UPTM dalam meningkatkan galakan kepada akauntan-akauntan bertauliah Bumiputera memiliki firma perakaunan sendiri," katanya

Iklan

Asyraf Wajdi ketika merasmikan peluncuran IKEB di UPTM di Cheras pada Jumaat - FOTO:SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sesi peluncuran di UPTM Cheras di sini pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Naib Canselor UPTM, Prof Madya Dr Syahirah Sy Shiekh dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Poly-Tech Mara Sdn Bhd, Tengku Datuk Zuhri Tengku Abdul Aziz, Mohd Fakhzan Md Noor dan Dr Wan Muhammad Adam Wan Norudin.

Mengulas lanju, Asyraf Wajdi berkata, selain itu, UPTM turut menawarkan Teaching Accounting Firm (TAF) yang mensasarkan graduan perakaunan UPTM untuk memberi nilai tambah dengan ilmu, kemahiran dan teknikal praktikal dalam dunia sebenar perakaunan.

Tambah beliau, Mara juga sentiasa meneliti dan cakna dalam memastikan agenda KEB itu dicapai pada tahap yang maksima.

"IKEB ini memainkan peranan penting menjadi sebuah hub untuk melakukan kajian, penilaian dan laporan keberkesanan sesebuah projek, program di bawah Kerajaan Madani untuk mencapai matlamat KEB yang telah ditetapkan," ujarnya.