Bersatu buat dua laporan polis terhadap Ahmad Zahid

Iklan
Bersatu membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid.

SHAH ALAM - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat dua laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Laporan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN), Akmal Zahin Zainal Zahir dan Setiausaha Kerja Armada Bersatu, Meor Naqiuddin.

Iklan
Iklan

Armada Bersatu dalam kenyataan berkata, laporan pertama yang dibuat berhubung pengumuman yang mempunyai unsur salah guna kuasa dengan meluluskan elaun Skuad Sabil UMNO menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Manakala yang kedua adalah tindakan Ahmad Zahid berunsur tipu helah atau memperdaya Yang Di-Pertuan Agong ketika mengemukakan Akuan Berkanun bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pada November 2022.

Iklan

"Armada Bersatu turut meminta agar suatu siasatan dapat dilakukan secara adil dan telus," ujarnya menerusi laman Facebook.

Sebelum itu, dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengumumkan Skuad Sabil akan menjadi sebahagian daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bakal diberikan elaun.

Iklan