Golongan muda perlu kikis fahaman perkauman sempit: Anwar

Iklan
Anwar berucap pada majlis rumah terbuka PH Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini hari ini.

KUCHING - Golongan muda perlu digerakkan bagi mengikis fahaman perkauman yang sempit berpaksikan kepada semangat kemanusiaan yang tinggi, beretika dan berakhlak mulia, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, apa yang perlu PH pertahankan ialah kebaikan dan keadilan dan menolak serta melawan kejahatan dan kezaliman.

Iklan
Iklan

"Kalau orang Melayu pertahankan kebaikan dan keadilan, kita sokong. Begitu juga jika orang Cina pertahankan keadilan dan kemanusiaan kita sokong...begitu juga untuk orang Dayak, Melanau dan lain-lain.

"Tapi jikalau ada orang Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain yang pertahankan kezaliman dan rasuah, kita mesti lawan,” katanya dalam ucapan pada rumah terbuka PH Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Anwar ketika hadir pada rumah terbuka PH Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Anwar berkata, di semenanjung Malaysia terdapat desas-desus politik rasis yang diamalkan ahli politik yang terdesak, yang tiada kekuatan moral dan tiada integriti serta yang takut kerana mereka bergelumang dalam rasuah atau salah laku dan penyalahgunaan kuasa.

"Itu sahajalah modal mereka iaitu ‘racism’. Tetapi kita, di pihak majoriti mesti berdiri teguh bersama. Keadilan, DAP, Bersatu dan Amanah tegas untuk mempertahankan prinsip yang kita pegang,” katanya.

Iklan

Mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, beliau berkata, PH akan menumpu perhatian dalam meningkatkan bekerjasama antara parti-parti komponennya.-Bernama