Tanah jerlus: Pasar malam Jalan TAR ditutup esok

Iklan
Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan ditutup pada Sabtu, berikutan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan ditutup pada Sabtu, berikutan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, penutupan itu bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang masih hilang.

Iklan
Iklan

Katanya, ini bagi memastikan keselamatan peniaga, pengunjung pasar malam terjamin dan kerja-kerja ujian tanah oleh agensi kerajaan dan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India.

"Tindakan itu untuk mengenal pasti kedudukan dan keselamatan jalan raya sekitar tempat kejadian.

Iklan

"Penutupan ini adalah perlu untuk memastikan keselamatan peniaga dan orang awam terjamin," katanya pada Jumaat.

Tambah kenyataan, kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan mengakibatkan tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga,” ujarnya.

Iklan

Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, sepasukan bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi melibatkan seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang menjadi mangsa tanah jerlus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menerusi kenyataan pada Khamis, menyatakan operasi mencari mangsa akan diteruskan sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kelak.