Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS ketika ditutup

Iklan
Ringgit susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung. Gambar hiasan

RINGGIT susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung.

Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.3185/3225 berbanding dolar AS daripada 4.3080/3140 semasa ditutup pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit mencatat prestasi baik pada Ogos berikutan keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur asing.

"Penilaian semula yang lebih baik daripada bank pelaburan global utama turut menyumbang lebih banyak aliran masuk ke pasaran ekuiti, memperlihatkan permintaan terhadap ringgit semakin meningkat,” katanya kepada Bernama.

Iklan

"Berikutan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang AS dan cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Pekerja AS tidak lama lagi, beberapa konsolidasi dijangka berlaku," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama semasa ditutup pada Jumaat.

Iklan

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9754/9784 daripada 2.9811/9855 semalam tetapi berkurangan berbanding euro kepada 4.7862/7906 daripada 4.7789/7855 sebelum ini dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6939/6992 daripada 5.6835/6915.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia mencatat sedikit perubahan berbanding rupiah Indonesia kepada 279.3/279.8 daripada 279.3/279.7 semasa ditutup pada Khamis.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3158/3191 daripada 3.3118/3167 semalam, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.7540/7726 daripada 12.6911/7155 sebelumnya dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.70 daripada 7.65/7.67. - Bernama