MRT3: MRT Corp laksana pemeriksaan awam

Iklan
Objektif penubuhan MRT Corp sebagai pemaju projek dan pemilik aset telah dicapai bagi MRT1 dan MRT2 mengikut mandat yang diluluskan kerajaan. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) akan menjalankan proses Pemeriksaan awam untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung proses perancangan dan pembangunan bagi Projek MRT Laluan Lingkaran (MRT3).

MRT Corp dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan awam bakal dijalankan pada 2 September hingga 2 Disember 2024 di 35 lokasi yang ditetapkan di seluruh Lembah Klang termasuk lapan lokasi bagi kios dan selebihnya (27) bagi trak informasi MRT.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk menyemak dan memberikan maklum balas mengenai cadangan jajaran, pelan konteks dan tapak, serta butiran projek.

"MRT3 kini masih di peringkat perancangan, bakal membentuk sebuah laluan orbital yang akan menghubungkan rangkaian pengangkutan awam Lembah Klang sedia ada.

Iklan

"Melingkari perimeter bandar sepanjang 51 kilometer (km), MRT3 bakal disepadukan dengan laluan MRT, transit aliran ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dan monorel yang sedia ada melalui 10 stesen pertukaran serta sambungan di lokasi-lokasi strategik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah MRT Corp, MRT3 bakal menawarkan laluan alternatif dengan masa perjalanan serta jarak yang lebih pendek ke destinasi-destinasi utama menerusi pelbagai titik integrasi di sepanjang jajaran.

Iklan

Katanya, ia juga menyediakan ketersambungan penting ke kawasan bandar yang kurang mendapat perkhidmatan rel.

"Bagi mereka yang tidak dapat melawat lokasi pemeriksaan awam, butiran projek serta maklumat berkaitan yang lain boleh diakses melalui melalui Laman Mikro Pemeriksaan Awam www.mymrt.com.my.

"Orang ramai juga boleh mengemukakan maklum balas melalui laman web tersebut sepanjang tempoh tiga bulan,” jelas kenyataan itu.