JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 26 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 5.45 petang melibatkan tiga lori, satu kereta dan tiga motosikal.
Kejadian itu telah menyebabkan berlaku kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang dari arah Bandar Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru. Foto Facebook