CIMB semak naik unjuran KDNK kepada 5.2 peratus, ringgit ke paras 4.22

Iklan
CIMB mengunjurkan ringgit terus mengukuh kepada paras 4.22 berbanding dolar AS pada 2024. Foto hiasan

CIMB Group Holdings Bhd menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 kepada 5.2 peratus selepas negara mencatat pertumbuhan teguh KDNK suku kedua 2024 sebanyak 5.9 peratus.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Khairul Rifaie berkata, CIMB turut mengunjurkan ringgit terus mengukuh kepada paras 4.22 berbanding dolar AS pada 2024.

Iklan
Iklan

"Dari segi unjuran kami terhadap KDNK, memandangkan pertumbuhan suku kedua yang kukuh dicatatkan setakat ini, kami lazimnya menyemak naik unjuran bagi 2024. Kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK sekitar 5.2 peratus untuk 2024.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 16 Ogos lepas memaklumkan ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024, melebihi unjuran awal 5.8 peratus, didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang baik, aktiviti pelaburan yang giat dan peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong.

Iklan

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 adalah yang tertinggi sejak suku keempat 2022.

Mata wang tempatan turun sedikit kepada 4.3185/3225 berbanding dolar AS semasa ditutup pada Jumaat (30 Ogos) daripada 4.3080/3140 semasa ditutup pada Khamis.

Iklan

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CIMB berkata keuntungan bersih kumpulan meningkat 10.6 peratus kepada RM1.96 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada RM1.77 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2023.

Perolehan meningkat 5.0 peratus kepada RM5.60 bilion daripada RM5.33 bilion bagi tempoh yang sama, disokong oleh pendapatan faedah bersih yang lebih kukuh, pendapatan bukan faedah daripada dagangan dan keuntungan penjualan pinjaman tidak berbayar. - Bernama